Luqman Hakim adalah seorang genius yang disebut dalam al-Quran. Kisah
beliau diabadikan dalam sebuah surah bernama Luqman, yang mengandungi 34
ayat.
Tuhan memaklumkan dalam ayat 12 surah Luqman,
"Sesungguhnya Kami telah memberi kepada Luqman, hikmat
kebijaksanaan, (serta Kami perintahkan kepadanya) "Bersyukurlah kepada
Allah (akan segala nikmatNya kepadamu)."
Apakah itu hikmah? Hikmah sering dikaitkan dengan sifat arif dan
bijaksana. Ia dimiliki oleh orang berilmu, namun tidak semua orang
berilmu memilikinya.
Menurut penulis Ruh al-Bayan, hikmah adalah ketepatan dalam memilih
yang benar dengan lisan, ketepatan dalam berfikir dengan bantuan anggota
badan dan ketepatan bergerak dengan anggota badan. Sekiranya berbicara,
Luqman berbicara dengan hikmah. Sekiranya berfikir, beliau berfikir
dengan hikmah dan sekiranya bergerak, beliau bergerak dengan hikmah
juga.
Ramai orang bertanya kepadanya, "Daripada siapa tuan mempelajari
hikmah?" Jawab Luqman,"Saya mempelajari hikmah daripada orang-orang
bodoh, dan orang-orang bodoh. Saya melihat ada cacat pada diri mereka
lalu saya berusaha menjauhinya."
Thomas Edison adalah seorang inventor yang berjaya mencipta mentol
lampu pada tahun 1879. Sebelum itu 9999 cubaannya tidak berjaya. Namun
kata beliau,"Saya tidak gagal. Saya berjaya menemui 9999 cara yang tidak
menghasilkan mentol lampu." Dalam cubaannya yang ke-10,000 barulah
mentol lampu beliau menyala.
Kata bijak pandai, kehebatan seorang pemikir terletak pada
kemampuannya meneka dengan tepat hasil sesuatu tindakan. Itu adalah
salah satu ciri hikmah. Sebab itulah pemikir yang hebat secara tepat
sentiasa berjaya menghasilkan sesuatu. Bagaimanakah cara kita dapat
meneka secara tepat apa yang akan berlaku? Salah satu caranya ialah
melihat apa yang sudah berjaya dan apa yang tidak.
Namun dalam kes Thomas Edison, didapati ada lebih banyak cara yang tidak betul berbanding cara yang betul, dengan nisbah 9999:1.
Dalam hidup, boleh jadi yang lebih penting ialah berusaha
meninggalkan apa-apa yang tidak betul, bukannya lebih mencuba apa-apa
yang kita sangka betul.
Luqman Hakim menjadi bijak dengan melihat kebodohan pada orang lain
dan kemudian berusaha tidak melakukannya. Beliau sudah melihat sesuatu
yang bodoh, lalu berusaha supaya dirinya tidak mengulang kebodohan itu.
Dalam kes Thomas Edison, beliau juga tidak mengulang kesilapan. Namun
9999 kesilapan itu terpaksa dilaluinya sendiri terlebih dahulu. Boleh
jadi sebelum itu, tiada sesiapa pernah cuba mencipta mentol lampu. Jadi
Thomas Edison tidak dapat belajar daripada kesilapan orang itu. (Boleh
jadi juga sebelum itu kitab cara-cara mencipta mentol lampu sudah ada,
namun telah dibakar oleh orang-orang Mongol).
Apapun, Thomas Edison terpaksa menghabiskan masanya bagi melalui 9999
kesilapan sambil berusaha tidak mengulang 9999 kesilapannya sendiri
itu. Sehinggalah pada suatu hari beliau berjaya menemui satu cara yang
betul. Nasib baik usianya panjang. Beliau berjaya menyudahkan 10,000
eksperimen.
Nasib kita mungkin tidak sebaik Thomas. Boleh jadi tempoh usia kita
tidak panjang. Maut sentiasa mengikut kita di belakang. Setiap hari ia
semakin dekat. Masa kita semakin kurang, jadi kita perlu bijak
memanfaatkan apa yang sedikit.
Meneladani Luqman Hakim, genius yang disebut dalam al-Quran, lebih
baik kita belajar daripada orang, dengan tidak mengulanginya kebodohan
mereka. Jangan juga kita jadi seperti Thomas Edison yang terpaksa
belajar daripada kesilapannya sendiri.
Pada pendapat saya, boleh jadi itu antara kebaikannya alim ulamak
menasihatkan kita supaya berguru dengan orang. Tidak cukup hanya berguru
dengan buku.
Manusia itu sentiasa belajar. Guru yang terbaik sudah tentulah orang
yang bijaksana dan berhikmah. Kerana mereka sentiasa belajar daripada
kesilapan orang dan kesilapan mereka sendiri.
Minggu, 16 Desember 2012
"DeaN LisT" Karena ALLAH
Setelah keputusan peperiksaan keluar, terdapatlah beberapa orang pelajar yang tidak mendapat markah yang diharapkan. Selepas selesai bermuhasabah, maka mereka berpendapat, belajar bukan kerana Dean list, tetapi belajar kerana Allah. Sekali saya memandang seperti tidak ada yang silap.
Ya, benar! Belajar kerana Allah. Tidak ada yang silapnya di situ.
Matlamat yang disalahertikan
Bagi kebanyakkan pelajar tahun 1 di sini, dan saya percaya di mana-mana pun, semua orang akan meletakkan target, "Sekurang-kurangnya, Dean list". Saya juga pernah meletakkan target sedemikian.
Timbulnya pendapat seperti di atas membuat aku sedikit lega. Tak dapat Dean list pun tidak mengapa. Janji, aku belajar kerana Allah. Namun aku tertanya-tanya, salahkah belajar kerana Dean list? Tidak bolehkah kita belajar kerana Allah dan dalam pada masa yang sama mendapat Dean list?
Pernah dikisahkan tentang seorang pemuda berperang kerana ingin mendapatkan bidadari. Maka timbul satu persoalan. Adakah dia berperang kerana Allah?
Ulama bersependapat mengatakan beliau berperang kerana Allah. Ini kerana, beliau yakin dengan balasan Allah janjikan iaitu balasan syurga dan bidadari. Berperang untuk menuntut janji-janji Allah.
Begitu jugalah dengan kita. Sunnatullah mengatakan mereka yang berusaha akan berjaya. Itu hukum alam. Syarat dan akibat. Mahukan akibat yang baik, ada syarat-syaratnya. Mahukan akibat yang kurang baik, ada syarat-syaratnya. Jadi bukankah mengejar kejayaan itu juga menunjukkan bahawa kita yakin dengan Allah? Percaya dengan sunnatullah?
Adakah mengejar kejayaan atau dalam konteks kita, Dean list adalah salah? Tidak kerana Allah?
Matlamat dan usaha
Tersebutlah kisah seorang pelajar yang terkejut dengan keputusan peperiksaan beliau. Maka terlintaslah dibenaknya, "Mesti aku belajar tidak ikhlas kerana Allah". Maka dibetulkan niatnya. Semester seterusnya keadaan yang sama berulang. Keputusan masih sama, tidak berubah. Maka hatinya berkata, "Mungkin aku tidak cukup ikhlas". Kehidupannya diteruskan seperti biasa. Tidak apa yang berubah.
Dimana silapnya?
Cara kita bermuhasabah. Muhasabah niat itu tidak salah. Cuma muhasabah niat sahaja tanpa diteliti usaha yang telah kita berikan itulah yang silap. Mungkin saja usaha yang kita letakkan sudah sangat hebat, sehebat rakan-rakan kita yang lain. Rakan-rakan yang cemerlang dan selalu mendapat tempat teratas. Tapi, cukupkah?
Manusia itu berbeza. Usaha yang perlu bagi mereka dan kita tidak sama. Andai masih gagal sedangkan sudah berusaha. Itu maknanya, usaha kita belum cukup. Masih ada ruang untuk berusaha.
Jangan sampai koreksi niat setiap hari , keputusan masih juga sama. Akhirnya Tuhan yang dipersalahkan. Usah kita lupa, sunnatullah yang Allah tetapkan. Kejayaan tidak datang tanpa usaha. Yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang.
Kesimpulan
Mengejar kejayaan itu tidak salah. Malah Islam sendiri menggalakan umatnya mengejar kejayaan dunia dan akhirat. Yang tinggalnya cuma, kenapa kita mahu berjaya. Niatlah kerana Allah kerana dengan itu segala benda yang baik dikira ibadah. Niatlah untuk mendapat kejayaan, kerana kita ialah umat yang Allah muliakan kerana Islam.
8 Tips Mengelakkan Penangguhan
Masalah bertangguh atau dalam Bahasa Inggerisnya 'procastination'
merupakan satu ancaman kronik bagi ramai umat Islam di Malaysia mahupun
seluruh dunia.
Oleh kerana terbiasa dengan sikap bertangguh, sesuatu matlamat atau tujuan itu sukar untuk direalisasikan dengan sempurna dan cemerlang.
Berikut kami kongsikan tips untuk mengatasi masalah ini.
Pengurusan Masa: 8 Tips Mengelakkan Penangguhan
1. Kenal pasti sebab penangguhan sesuatu tugasan
Tanya kepada diri anda, adakah anda takut akan gagal dalam tugasan tersebut? Ataupun, anda seorang yang mementingkan kesempurnaan yang hanya akan memulakan kerja setelah semuanya selesai? Ataupun anda seorang yang mudah terganggu dan tidak fokus dalam melangsaikan sesuatu tugasan?
2. Kenal pasti tugasan anda dan bahagikannya kepada tugasan yang lebih kecil
Satu tips motivasi pernah dikongsikan, untuk makan seeokor gajah, caranya adalah dengan memotong daging gajah itu kepada ketulan kecil daging.
3. Letakkan tarikh akhir untuk tugasan anda
Cuba berikan tarikh dan masa untuk sesebuah tugasan. Contohnya, anda meletakkan matlamat untuk menghabiskan membaca sebuah buku dalam masa 1 minggu.
4. Bekerja dalam blok masa yang kecil tetapi kerap daripada bekerja dalam satu blok yang mengambil masa yang panjang
Contohnya apabila belajar, rehatlah sebentar selama 10 minit untuk setiap 1 jam atau 30 minit setelah belajar selama 2 jam.
5. Mulakan dengan tugasan yang mudah dulu
Ini bertujuan untuk memberi momentum kepada anda untuk bergerak. Hal lain seterusnya akan menjadi mudah kerana momentum yang sedia ada.
6. Mulakan dengan tugasan yang anda rasa sukar
Ini bercanggah dengan tips 6. Manfaat tips ini adalah untuk memberikan psikologi kelegaan kepada anda. Selepas anda berjaya menyelesaikan sesuatu tugasan yang sukar, anda akan merasa sangat selesa kerana merasakan sebuah beban telah berjaya dialih. Tips ini memberi kepuasan kepada diri.
7. Memberitahu orang lain tentang tugasan anda
Contohnya, anda memberitahu kepada orang lain bahawa anda akan menyiapkan sesuatu tugasan dalam tempoh yang ditetapkan. Ini akan menimbulkan rasa tanggungjawab di dalam diri anda untuk melunaskan tugasan tersebut.
8. Elakkan berada di tempat yang mampu mengganggu anda
Contohnya anda boleh memilih untuk belajar di perpustakaan atau tempat lain yang lebih sunyi jika anda bimbang anda akan leka dengan internet.

Hormatilah Gurumu
Guru adalah insan yang sangat besar jasanya kepada kita semua. Sebut
sahaja perkataan guru, cikgu, mursyid dan apa jua yang sama dengannya,
pasti akan terbayang difikiran seseorang yang mengajar ilmu, menunjukkan
kesalahan, memberi nasihat, latihan dan panduan.
Pendek kata mereka adalah insan yang menunjukkan kita sesuatu ilmu yang membuatkan kita yang asalnya tidak tahu, menjadi tahu. Tanpa guru siapalah kita pada hari ini. Jika kita bergelar doktor, peguam, jurutera dan saintis, itu semua adalah hasil daripada didikan guru-guru kita sejak kita tadika, sekolah dan universiti. Merekalah yang membentuk kita menjadi seperti sekarang.
Islam amat menitikberatkan adab seorang murid terhadap gurunya. Adalah menjadi suatu kewajiban bagi kita untuk hormat kepada guru meskipun mereka tidak lagi mengajar kita. Seorang guru sudah pasti mempunyai pengetahuan yang tinggi tentang sesuatu bidang sehingga mampu mengajar orang lain. Oleh sebab itulah menghormati mereka adalah dituntut oleh syarak sebagaimana firman Allah S.W.T :
"Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu." (An-Nisa' :59)
Pernah diceritakan tentang Imam Syafie menghormati gurunya. Pada suatu hari, sedang beliau memberi kuliah kepada ribuan pelajar-pelajarnya, masuklah seorang badwi yang amat comot serta amat busuk sekali.
Melihat sahaja badwi itu masuk, Imam Syafie lantas berhenti daripada memberi kuliah dan mendekati badwi itu serta memeluknya dengan erat. Tergamam anak muridnya melihat perlakuan Imam Syafie itu. Selesai sahaja memberi kuliah, maka bertanyalah anak muridnya kepada Imam Syafie mengapa beliau memeluk badwi tersebut.
Imam Syafie berkata bahawa walaupun badwi itu busuk dan comot, tetapi badwi itu ialah gurunya. Sebab itu dia memeluk badwi tersebut sebagai cara menghormati guru. Makin terpegun pelajar-pelajarnya apabila diberitahu tentang badwi yang jahil itu menjadi guru Imam Syafie.
Jawab Imam Shafie " Pada suatu hari, sedang aku menulis kitab fekah , aku mempunyai satu masalah iaitu bagaimanakan nak mengenali dan membezakan di antara anjing yang cukup umur dengan anjing yang belum cukup umur. Lalu aku fikir tentu badwi tau kerana badwi banyak memelihara anjing untuk mengawal kambing-kambing mereka.
Aku pun bertanya hal tersebut kepada badwi yang ku peluk tadi. Badwi itu menerangkan bahawa anjing yang cukup umur mengangkat sebelah kaki belakang apabila kencing, manakala anjing yang tidak cukup umur tidak mengangkat kakinya bila kencing. Dengan panduan badwi itulah, maka aku dapat menyiapkan kitabku itu" Begitulah ceritanya. Walaupun terlalu sedikit jasa badwi itu kepadanya, Imam Shafie amat menghargainya dan menghormati sehingga menggelarnya guru.
Rasulullah s.a.w bersabda:
" Tidak termasuk umatku, orang yg tidak hormat orang tua, tidak mengasihi orang muda dan tidak mengiktiraf orang alim di antara kami." (Riwayat Ahmad)
Kebelakangan ini, pelajar kurang mengambil berat soal hormat-menghormati dengan guru. Sudah menjadi sesuatu yang biasa bagi pelajar yang melawan guru malah ada yang berani mencederakan guru yang mengajarnya ilmu. Hal ini amat bercanggah dengan adab pelajar dalam Islam. Saidina Ali juga pernah berkata, "Barang siapa yang mengajar aku walaupun satu huruf maka dia adalah tuan kepada ku." Tuan yang dimaksudkan oleh Saidina Ali adalah gurunya.
Terdapat banyak cara menghormati guru kita. Jika ilmuan terdahulu yang terkenal dengan ketokohan ilmunya menghormati guru mereka, maka mengapa kita yang tidak menjadi tokoh dan ilmuan berani melanggar adab berguru.
Adab ulama salaf dan ilmuan terdahulu dengan guru mereka ialah Mereka merendah diri terhadap ilmu dan guru dan sentiasa menurut perintah serta nasihat guru dan sentiasa meminta pendapat serta pandangan guru dalam setiap urusan mereka.
Mereka mentaati setiap arahan serta bimbingan guru umpama seorang pesakit yang tidak tahu apa-apa yang hanya mengikut arahan seorang doktor pakar yang mahir. Mereka juga sentiasa berkhidmat untuk guru-guru mereka dengan mengharapkan keredhaan dan balasan pahala serta kemuliaan di sisi Allah s.w.t.
Ulama terdahulu tidak pernah sama sekali menggelar guru mereka dengan nama yang buruk. Bahkan mereka juga tidak pernah memanggil guru dengan panggilan "engkau" dan "awak". Al-Khatib berkata: Hendaklah dia berkata "Wahai guru, apakah pendapat kamu mengenai hal ini?" dan kata-kata seumpamanya. Dan tidak menggelarkannya dengan namanya kecuali disertakan dengan gelaran-gelaran yang menunjukkan penghormatan serta takzim kepadanya. Misalnya syeikh ataupun ustaz atau syeikh kami.
Mereka tidak sekali-kali berbantah-bantah ataupun berlawan cakap dengan guru. Sesungguhnya berbantah-bantah itu secara umumnya sudah merupakan suatu perbuatan yang keji dan terlarang, apatah lagi untuk berbantah-bantah dengan guru yang merupakan pembimbing serta qudwah. Perbuatan ini akan menjauhkan mereka sebagai pelajar daripada kebaikan dan merupakan penjerumus kepada kejahatan dan ianya adalah penyebab diharamkan ke atas mereka bermacam-macam bentuk kebaikan.
Jika mereka berhajat kepada guru mereka di luar waktu mengajar sedangkan guru tersebut sedang berehat ataupun tidur, maka guru itu tidak akan diganggu. Mereka akan menunggu sehingga guru tersebut terjaga dari tidur ataupun selesai dari berehat. Ibnu 'Abbas r.a pernah mendatangi salah seorang daripada sahabat Rasulullah s.a.w untuk bertanya kepadanya mengenai suatu hadith. Lalu dikatakan kepadanya: Dia sedang tidur. Maka duduklah Ibnu 'Abbas di muka pintu. Lalu dikatakan kepadanya: Tidak perlukah kita mengejutkannya? Ibnu 'Abbas pun menjawab: Jangan.
Begitulah hormatnya ulama' dan ilmuan Islam terdahulu. Disebabkan itulah mereka menjadi tokoh besar dan dihormati pula sehingga kini kerana mereka begitu menjaga adab dengan guru masing-masing. Semoga kita semua termasuk dalam kalangan mereka yang menghormati guru. insyaAllah.

Cemerlang dalam Belajar
Setiap pelajar inginkan apa yang dipelajari itu akan mendatangkan
kesan. Belajar secara berkesan bukanlah dikira jumlah jam belajar atau
berapa banyak perkara yang dapat dihafal. Belajar secara berkesan
perlulah mengandungi 3 komponen ini:-
Rujukan juga boleh dibuat melalui laman web yang mengandungi maklumat yang boleh dicari melalui agen pencari maklumat (contoh: www.google.com)
01.Mengulangkaji:
Kebiasaannya apabila menyebut perkataan ulangkaji ramai pelajar
menganggapkan tindakan yang perlu dilakukan hanyalah terhad pada
pembacaan sahaja.
Tindakan mengulangkaji sebenarnya dapat dilakukan dengan beberapa
cara termasuk menyemak semula apa yang telah dipelajari, memahami
konsep, menghafal formula atau istilah yang penting, menganalisis
isi-isi penting atau mengenal pasti kelemahan dan kekeliruan yang
dihadapi serta mencatat semula isi-isi tersebut dalam bentuk nota
ringkas, peta minda, peta konsep atau pengurusan grafik.
02. Membuat rujukan:
membuat rujukan bahan tambahan, bertanya dengan guru atau berbincang
dengan rakan adalah amat penting dalam proses mengulangkaji. Rujukan
boleh dilakukan melalui bahan cetak seperti buku rujukan, akhbar dan
majalah.
Pendidikan Utusan adalah merupakan satu contoh yang baik sebagai
bahan untuk pelajar-pelajar membuat rujukan. Rujukan juga boleh dibuat
melalui laman web seperti Portal Pendidikan Utusan (www.tutor.com.my)
yang secara khusus memberi maklumat tentang mata pelajaran utama
peperiksaan awam.Rujukan juga boleh dibuat melalui laman web yang mengandungi maklumat yang boleh dicari melalui agen pencari maklumat (contoh: www.google.com)
03. Membuat latihan:
Latihan boleh dilakukan dalam bentuk latih tubi, kuiz, soal jawab atau
menganalisis soalan-soalan tahun lalu serta merangka jawapannya.
Ketiga-tiga komponen di atas perlulah diintegrasikan agar proses
belajar dapat dialami secara lebih berkesan tanpa berasa bosan,
tertekan atau mengantuk
Kaedah Belajar
Ramai yang masih tidak mengetahui cara untuk belajar dan ini akan menjadi satu masalah kepada mereka untuk menduduki peperiksaan kelak. Di sini saya ingin kongsikan sedikit cara belajar yang pernah saya amalkan.
1) MASA
Sebelum memulakan suatu sesi pembelajaran, pemilihan waktu yang tepat adalah penting untuk memastikan minda kita mampu menerimanya dengan keadaan yang optimum.
Contohnya, kebanyakan pelajar suka mengulang kaji pelajaran mereka pada tengah malam atau seawal pagi kerana pada masa ini keadaan sunyi dan minda kita akan dapat fokus pada apa yang kita belajar. Lebih-lebih lagi mata pelajaran yang melibatkan pengiraan seperti matematik.
2) TEMPAT BELAJAR
Perkara ini haruslah diambil berat kerana apabila keadaan tempat belajar kita kemas dan teratur sudah tentu kita dapat belajar sesuatu perkara itu dengan baik.
Seeloknya tempat yang baik untuk kita belajar ialah di perpustakaan kerana suasana yang sangat kondusif. Ini akan memudahkan proses pembelajaran kita.
Andai di rumah, pastikan tempat tersebut mampu merangsang minat kita untuk mentelaah tanpa terdapat gangguan luar seperti suasana yang bising yang boleh merencatkan proses pembelajaran.
Pastikan meja belajar menghadap ke arah kiblat.
3) NOTA
Setiap kali kita mengulang kaji pelajaran, sebaiknya jangan hanya membaca buku sahaja tetapi adalah lebih baik kita membuat nota ringkas. Ia membantu kita untuk mengingat.
Di samping itu juga, kita boleh membawa nota tersebut ke mana sahaja dan boleh dibaca pada bila-bila masa sahaja.
Nota yang baik bukan hanya nota yang ringkas, tapi nota tersebut hendaklah mudah untuk difahami.
Salah satu cara terbaik untuk membuat nota adalah dengan menggunakan peta minda (mind map). Cara ini adalah salah satu cara yang sangat berkesan khususnya bagi subjek yang memerlukan pembacaan yang banyak.
Petua Menjadi Cemerlang Menurut AL-QUR'AN
Anda inginkan petua-petua untuk menjadi pelajar cemerlang walau di mana sahaja anda berada?
Apa kata kita renungkan kembali beberapa petua atau tips kejayaan yang telah Allah SWT titipkan di permulaan surah Al-Mu'minun, surah yang ke-23 di dalam lembaran Al-Quran.
01.Keyakinan, kepercayaan and keimanan kepada Allah SWT
"Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman." [23:1]
Iman dan kejayaan disebut oleh Allah SWT dalam ayat yang sama. Maka imanlah faktor utama kejayaan. Dan keyakinan yang tinggi inilah yang akan melahirkan sikap positif yang bakal disebutkan dibawah.
02.Fokus,
bersungguh-sungguh, sepenuh hati
"iaitu orang-orang yang khusyuk dalam solatnya." [23:2]Lakukan satu-satu perkara dalam satu-satu masa. Jangan mencapah dan melayang fikiran ke sana ke mari. Lakukan dengan sepenuh hati, bukan sambil lewa.
03.Prioriti.
Mengutamakan apa yang utama.
"dan orang-orang yang menjauhkan diri dari lagha (perbuatan dan
perkataan yang tidak berguna)." [23:3]Kebiasaannya dalam menghadapi musim peperiksaan yang penuh tekanan, kita cenderung untuk berehat dan menenangkan minda dengan hiburan, menonton drama, bersembang di Facebook dan seumpanya sehinggakan selalu sahaja melebihi daripada masa rehat yang telah kita peruntukkan.
Sebaik-baiknya kita mengoptimumkan penggunaan masa untuk belajar, dan mengisi masa rehat kita dengan perkara-perkara yang berfaedah seperti membasuh, melipat atau menggosok baju, bersenam untuk melancarkan perjalanan darah di dalam badan dan bermacam-macam lagi yang anda sendiri lebih sedia maklum.
Namun, sebaik-baiknya kita gunakan masa rehat itu untuk mengambil wudu', melakukan solat sunat dan membaca Al-Quran. InsyaAllah apabila kita lebih rapat dengan Allah SWT, jiwa kita akan lebih tenang dan ia akan banyak membantu dalam usaha kita mengulangkaji pelajaran.
Kita dikehendaki menghindarkan diri dari perbuatan mengumpat pensyarah/guru kerana perkara-perkara sebegini tidak mendatangkan faedah kepada masa depan anda, tidak menambahkan markah untuk kertas peperiksaan yang bakal/telah diduduki, malah boleh mendatangkan dosa dan kemurkaan Allah SWT.
04.Prihatin sesama
kita
"dan orang-orang yang menunaikan zakat." [23:4]Walaupun sedang berada di saat-saat genting, janganlah kita bersikap terlalu mementingkan diri, dan mengabaikan kawan-kawan yang lebih susah di sekeliling kita. Kongsilah apa yang termampu, samada ilmu, kertas-kertas soalan tahun lepas dan lain-lain. Sharing is caring.
05.Jaga hubungan
antara lelaki dan perempuan
"dan orang-orang yang menjaga kehormatannya. kecuali terhadap isteri-isteri
mereka, atau hamba yang mereka miliki, maka mereka (isteri dan hamba) dalam hal
ini tiada tercela. Sesiapa yang mencari dibalik itu, mereka itulah orang-orang
yang melampaui batas." [23:5,6,7]Janganlah kita menggunakan alasan belajar untuk melanggari batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan ajnabi, misalnya dengan studi berdua-duan, kemudian pulang ke rumah berpimpin tangan, atau asal tertekan je mesti nak bergayut atau berchatting dengan kawan lelaki/perempuan anda.
Padahal Allah SWT kan sentiasa ada, sentiasa melindungi dan sentiasa menolong jika kita mencari dan meminta pada-Nya.
06.Jujur, amanah
" dan orang-orang yang memelihara amanah-amanah dan
janjinya."[23:8]Bukankah kita telah berjanji dengan pihak penaja dan ibu bapa kita untuk belajar bersungguh-sungguh? Lebih penting lagi, bukankah kita telah berjanji dengan Allah SWT untuk memanfaatkan peluang kehidupan sebagai seorang pelajar yang telah dipinjamkan-Nya kepada kita sebagai medan untuk kita mengutip ilmu, pengalaman dan pahala buat bekalan di akhirat sana?
Elakkan menipu ketika peperiksaan. Andai penjaga peperiksaan meminta kita berhenti menulis kerana masa sudah tamat, jangan pula kita terus menulis. Sebaliknya sebutlah "Bismillahi tawakkaltu 'ala Allahi wala haula wala quwwata illa billahil 'azim."
07.Tepati waktu
"dan orang-orang yang memelihara solatnya." [23:9]Konsep yang boleh diambil dalam konteks kehidupan seorang pelajar Muslim ialah supaya sentiasa belajar dengan berdisiplin, menepati masa, tidak berlengah-lengah, menjaga kualiti dan produktiviti harian kita. Jika sebelum ini kita diingatkan supaya berhenti menulis apabila tamat masa peperiksaan, kita juga perlu memulakan perjuanganan kita dalam pelajaran dan peperiksaan seawal yang mungkin. Memelihara solat lima kali sehari setiap hari juga mengajar kita untuk tidak berputus asa atau berpatang arang di pertengahan jalan.
Namun janganlah kita hanya mengaplikasikan konsep-konsep ini untuk akademik semata-mata. Penekanan utama dalam ayat tersebut supaya kita menjaga hubungan kita dengan Allah SWT kerana kita akan kembali mengadap-Nya dengan amal-amal kita, bukan dengan berapa gulung ijazah yang berjaya kita perolehi. Belajar dan ijazah hanyalah alat untuk kita mencapai keredhaan Allah SWT dan merebut peluang mewarisi syurga-Nya.
" Mereka itulah orang-orang yang akan mewarisi. Iaitu
yang akan mewarisi Syurga Firdaus. Mereka kekal
didalamnya." [23:10,11]
" ....Maka di antara manusia ada yang berdoa: 'Ya
Tuhan kami, berilah kami (kebaikan) di dunia.' Dan tiadalah baginya bahagian di
akhirat."[2:200]
"Dan di antara mereka ada orang yang berdoa: Ya
Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan
peliharalah kami dari seksa neraka." [2:201]
"Mereka itulah orang-orang yang mendapat bahagian dari
apa yang mereka usahakan dan Allah sangat cepat
perhitungannya." [2:202]
Adab Menuntut Ilmu
Pada pandangan saya, perlunya adab dan ilmu boleh diumpamakan seperti 'adunan
untuk membuat roti'. Adab diumpamakan seperti gandum dan ilmu
diumpamakan seperti garam. Hendaklah kita memperbanyakkan gandum berbanding
garam namun nisbah tersebut haruslah sekata supaya gandum dan garam yang diadun
sempurna nisbahnya. Dan ketahuilah, memperbanyakkan adab bersama ilmu yang
sedikit lebih baik daripada memperbanyakkan ilmu berbanding adab yang sedikit.
Dalil Menuntut Ilmu
Dalil Menuntut Ilmu
Dalam usaha kita untuk menuntut ilmu, seharusnya kita mengetahui dahulu
betapa perlunya adab-adab sebelum menuntut ilmu. Perkara ini diperkuatkan lagi
dengan kata-kata Ibnul Mubarak dalam sebuah kitab beliau:
"Aku memperlajari adab selama tiga puluh tahun dan aku mempelajari ilmu
selama dua puluh tahun. Dan adalah mereka (ulama') mempelajari adab kemudian
mempelajari ilmu" [Mansuah al Adab al Islamiah : 15]
Dalam Surah at Taubah ada menyebut bahawa bukan semua di antara kita pergi
untuk berjuang (berjihad). Makanya wajib sebahagian di antara kita pergi
memperdalamkan ilmu agama. Firman Allah SWT yang bermaksud:
"Dan tidaklah (betul dan elok) orang-orang yang
beriman keluar semuanya (pergi berperang). Oleh itu, hendaklah keluar
sebahagian sahaja dari tiap-tiap puak di antara mereka, supaya orang-orang
(yang tinggal) itu mempelajari secara mendalam ilmu yang dituntut di dalam
agama, dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya (yang keluar berjuang) apabila
orang-orang itu kembali kepada mereka; mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga
(dari melakukan larangan Allah)." [At Taubah 9 : 122]
Dan dalam sebuah hadis Rasulullah SAW ada menyebut bahawa sekiranya Allah
SWT ingin memberikan hambanya kebaikan, maka Allah SWT akan memberikannya
kefahaman dalam agama. Perkara ini yang harus dikejar oleh setiap muslim agar
dekat kepada kebaikan yang dijanjikan oleh Allah SWT dengan menuntut ilmu.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Sesiapa yang dikehendaki oleh Allah SWT baginya akan
kebaikan, nescaya Allah SWT akan memberinya kefahaman dalam agama" [HR
Bukhari dan Muslim]
Adab Menuntut Ilmu
01.Niat yang
ikhlas
Menuntut ilmu bukan untuk lulus dalam perperiksaaan, untuk mendapat kerja yang bagus, untuk dikatakan orang yang bijak atau pelbagai lagi niat yang lain melainkan hanya kerana Allah SWT. Daripada Ibn Umar RA sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
"Sesiapa yang menuntut ilmu kerana selain daripada
Allah SWT ataupun menghendaki menuntut ilmu (sebaliknya) selain daripada Allah
SWT, maka disediakan tempat duduknya daripada neraka." [HR Tarmizi]
Niat itu sendiri memainkan peranan yang tinggi dalam sesuatu amalan. Setiap
amalan kita akan dinilai oleh Allah SWT berdasarkan niat. Maka niatlah segalanya
hanya kerana Allah SWT, kerana sesungguhnya Allah SWT tahu apa yang terdetik
dalam hati tiap-tiap manusia.
02.Beradab
dengan orang yang memberi ilmu
Imam Syafie pernah bekata:
"Sesiapa yang ingin dibuka hatinya oleh Allah, maka
hendaklah ia berkhalwah, sedikit makan, menjauhi daripada bergaul dengan orang
yang bodoh, dan membenci orang yang tidak berlaku adil dan tidak beradab
daripada kalangan mereka yang berilmu" [Kitab Majmuk, Syarah Mazhab, jilid
1, m/s 31]
Pada pendapat saya dalam hal beradab dengan guru, ia memerlukan perbahasan
yang panjang. Namun secara ringkasnya bagi kita sebagai penuntut, adab-adab ini
haruslah disesuaikan mengikut situasi. Janganlah kita terlalu menghormatinya
sehinggakan mengakui kesilapan yang guru itu lakukan dan janganlah juga kita
terlalu memperlecehkan sehingga guru itu tidak ikhlas dalam memberi ilmu kepada
kita. Hormatnya kita akan guru berubah mengikut situasi dimana hormatnya
seorang kanak-kanak tadika dengan gurunya berbeza dengan hormatnya mahasiswa
dengan pensyarah.
03.Bersabar
dalam menuntut ilmu
Imam Syafie pernah berkata:
"Tidak diperolehi ilmu kecuali dengan bersabar atas
kesengsaraan." [Kitab Muntalaqat Talib al Ilmi, Husin Ya'cob, m/s: 237
04. Tulis
setiap yang dipelajari
Sahabat Rasulullah SAW sendiri menulis jika ingin menuntut ilmu, adakah kita lebih baik dari mereka dengan tidak menulis apa yang dipelajari?
Abu Hurairah berkata:
"Tidak ada seorangpun daripada sahabat Rasulullah SAW
yang paling banyak meriwayatkan hadis kecuali Abdullah bin Amr bin al Asr, maka
sesungguhnya dia telah menulis dan aku tidak menulis" [HR Ahmad dan
Baihaqi]
05.Rendah diri
Imam Ahmad bin Hambal berkata:
"Kami diperintahkan supaya tawadhu' (rendah diri) kepada
siapa yang kami pelajari ilmu daripadanya." [Kitab Muntalaqat Talib al
Ilmi, Husin Ya'cob, m/s 274]
06.Menjahui
dari kenyang yang berlebihan
Ibn Jama'ah berkata:
"Sebesar-besar perkara yang menolong seorang penuntut
ilmu dengan kefahaman dan tidak rasa jemu adalah makan sekadarnya daripada
makan yang halal." [Kitab Fadhlu al Ilmi wa Adab Talabihi, m/s 222]
07.Tidur yang
sedikit
Firman Allah SWT yang bermaksud:
"Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa berada di
dalam taman-taman (syurga) dan mata air, mereka mengambil apa yang diberikan
Tuhan kepada mereka. Sesungguhnya mereka sebelum itu (di dunia) adalah
orang-orang yang berbuat baik; mereka sedikit sekali tidur di waktu malam dan
pada akhir malam mereka meminta ampun (kepada Allah SWT)." [Az Zariyat 51
: 15 – 18]
08.Kurangkan
berkata-kata yang tidak menfaat
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat,
maka bercakaplah dengan perkataan yang baik ataupun diam." [HR Bukhari dan
Muslim]
PENUTUP:
Tiada adab yang lebih sempurna melainkan kita mengikuti adab Rasulullah SAW
dan adab mereka yang segenarasi dengan Rasulullah SAW (sahabat), generasi
setelahnya (tabi'in) kemudian setelahnya (tabi' tabi'in).
Saya menasihati para pembaca sekalian agar dalam usaha kita untuk menuntut
ilmu agama, seharusnya memperbanyakkan adab-adab dalam menuntut ilmu. Namun
adab-adab tersebut seharusnya jangan terlalu 'fanatik' sehinggakan
memperbetulkan apa yang salah dari mereka yang kita hormati. Manakah yang
kalian lebih cintai sama ada pemberi ilmu atau kebenaran? Dan kebenaran itu
juga seharusnya dengan ilmu.
Hanya ilmu yang layak untuk menjadi pegangan kita sebagai ummat akhir zaman
ialah al Quran, as Sunnah dan sunnah Khulafa' al Rasyidin seperti sabda
Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Sesungguhnya barangsiapa di antara kalian yang hidup
sepeninggalanku nanti, maka ia akan melihat perselisihan yang banyak. Oleh
kerana itu wajib bagi kalian untuk berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah
al Khulafa al Rasyidin yang terbina dan terbimbing. Berpeganglah erat-erat
denganya dan gigitlah ia dengan gigi gerham." [HR Abu Daud, at Tarmidzi
dan lain-lain]
Tinta saya hanyalah dari ilmu yang sedikit namun kerana kesedaran betapa
pentingnya adab dalam menuntut ilmu maka saya kongsikan apa yang terbaik dari
ilmu yang sedikit ini. Saya memohon dari para 'alim dari segala ilmu untuk
menegur jika terdapat salah dan silap dari apa yang saya kongsikan ini. Sungguh
tiada yang lebih benar melainkan dari al Quran dan as Sunnah Rasulullah SAW.
Penyakit EXAMINITIS Menyerang Lagi...!!!
Kecut perut? Hilang selera makan? Tidur tidak lena? Hilang fokus?
Ini merupakan simptom-simptom serangan examinitis yang selalunya menyerang kawasan kota dan bandar-bandar besar di seluruh dunia.
Penyakit ini tidaklah begitu kronik jika mahu diukur dengan skala kemanusian seperti mana yang dihadapi oleh sebahagian manusia di Palestin, Darfur, Iraq, Filipina, Selatan Thailand dan banyak lagi.
Apatah lagi jika mahu dinilai dengan neraca Ilahi yang mana sesiapa yang mengidapnya akan dirawat di bahagian pesakit luar. Namun setiap yang kecil jika tidak disikapi dan dihadapi dengan cara yang sepatutnya boleh mendatangkan kesan yang amat memudaratkan.
Begitu juga dengan penyakit examinitis ini.
Malahan keaadaan pesakit akan bertambah buruk sekiranya tidak menyedari akan terdapatnya penyakit ini pada dirinya sepertimana keadaan manusia pada hari ini yang kebanyakkannya tidak menyedari akan kesakitan yang mereka hadapi yang menyebabkan mereka terus menerus berada di dalam kesengsaraan. Maka di sini disertakan maklumat lanjut tentang examinitis dan cara menghadapinya.
Nama saintifik :
Examinitis
Golongan sasar yang mudah dijangkiti :
Semua golongan yang berada di institusi-institusi pendidikan terutamanya golongan muda yang berumur 17-26 tahun
Most vulnerable :
1. Pelajar tajaan yang mempunyai perjanjian dengan penaja
2. Ciri-ciri lain yang tidak dapat disenaraikan
Tanda-tanda awal :
1. Sudah tidak PD (baca PeDe atau mudahnya percaya diri)
o Tidak mendapat keputusan yang diharapkan
o Mencuba tetapi masih merasa hampa
o Gagal mengesani punca yang membawa kepada hilang percaya diri
o Tertekan dengan expectation masyarakat (baca bisikan halus dari dalam diri yang mendatangkan gambaran-gambaran negatif)
2. Dan lain-lain lagi yang sukar untuk diperkatakan namun mudah untuk digambarkan
Bagi sesiapa yang mengidapnya, di sini disertakan beberapa kaedah rawatan tradisional yang tidak luput ditelan zaman semenjak ratusan tahun yang lampau.
1. Ambil wudhu dan mulakan analisa diri secara telus dan tulus
o Berikut disertakan sebahagian checklist analisa;
• Keikhlasan niat dan perbuatan
• Usaha yang tersusun dan berterusan
• Kefahaman akan konsep usaha dan tawakal
• Kefahaman terhadap keperluan dan pergantungan kepada Allah
2. Memahami bacaan dalam solat dan zikir al-mathurat sebagai contohnya ayat 286 surah Al-Baqarah :
"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Dia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa Dengan berkata):
"Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir."
Langganan:
Komentar (Atom)